Halaman

Selasa, 4 Oktober 2011

Man Sewel Datang Kl Trailer



Shuib, bekas anggota kumpulan Sepah bakal muncul di pawagam bersama filem terbaru lakonannya pada penghujung tahun ini! Kami pasti, filem arahan Rahman Adam dibawah penerbitan Work Move Production ini bakal memecahkan perut penonton di pawagam nanti.

Filem ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Shuib Sepah sebagai Osman, Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam, Fida Ibrahim dan Chef Yang Jamil. Kumpulan MAY juga akan membuat penampilan khas mereka dalam filem ini.

Ceritanya mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Osman (Shuib) yang pergi ke Kuala Lumpur menggunakan duit peninggalan arwah bapanya. Setibanya disana bersama rakan sekampungnya, Salim (Razali Hussain) , dia telah berkenalan dengan seorang wanita bernama Nadia (Julia Ziegler).

Bermula dari situ, Osman telah jatuh cinta tanpa menyedari niat jahat yang sebenarnya telah dirancang terhadapnya. Dikampung pula, Siti Khadijah (Fida Ibrahim) yang juga seorang teman wanita Osman telah menjadi milik orang lain. Apakah kesudahan cerita ini? Adakah Osman bakal merampas Fida kembali atau jodoh lain akan tiba?

Saksikan trailer Man Sewel Datang KL selepas ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan